Mini UV Sanitizer, Mudah Di Bawa Ke Mana-Mana

Lunavie Mini UV Sanitizer | Jenama Lunavie memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana produknya sememangnya berkualiti tinggi & amat berbaloi untuk dimiliki. Sebelum ini CN pernah memiliki Lunavie Portable UV Sterilizer dan Dryer yang masih digunakan sehingga kini. Malah nursing bra dan feeding bottle Aqil Aryan pun CN beli di Lunavie tau. Kali ini CN nak share satu lagi produk baru dari Lunavie yang mesti anda miliki sebagai seorang mommy yang pentingkan penjagaan kesihatan keluarga iaitu Lunavie Mini UV Sanitizer. Hokay, teruskan pembacaan anda ye. 

(Image credits to Cekgu Norazimah)

Lunavie Mini UV Sanitizer Membasmi Kuman dan Menghapuskan Sehingga 99.9% Kuman, Virus & Bakteria dalam 10 Saat!

Jika diingatkan kembali, masa PKP kita setiap masa sanitizer badan dan peralatan yang digunakan. Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan, kita lupa akan kepentingan sanitizer tu. Sebab tu sekarang anak-anak mudah sakit lagi-lagi apabila ke sekolah berjumpa dengan ramai kawan. 

 

(Image credits to Cekgu Norazimah)

Apa kata kita 'hidupkan' kembali rutin sanitizer tu supaya kesihatan keluarga sentiasa terjaga dari segala jenis kuman, virus dan bakteria. Lunavie Mini UV Sanitizer ni membantu membasmi kuman & menghapuskan sehingga 99.9% kuman, virus dan bakteria dalam 10 saat!
Saiznya yang kecil mudah untuk dibawa ke mana-mana. 
(Image credits to Cekgu Norazimah)

Mengapa perlu memiliki Lunavie Mini UV Sanitizer?

Ada pelbagai jenama mini UV sanitizer di pasaran, tapi CN cadangkan untuk anda memiliki Lunavie Mini UV Sanitizer kerana :
  • STERILIZER MUKTAMAD: Boleh membasmi kuman & menghapuskan sehingga 99.9% kuman, virus dan bakteria dalam 10 saat. Sebagai penyelesaian anda untuk menyahbau dan membersihkan rumah serta barang-barang anda dengan mudah. 
  • SERBAGUNA & MUDAH ALIH: Gunakan Lunavie Mini UV Sanitizer di pelbagai kawasan, pembersih telefon, puting bayi, pembersih alat solek, topeng muka dan lain-lain. Ia boleh disimpan dengan mudah dalam beg tangan, beg galas atau bagasi. Nyah kuman bila-bila masa diperlukan semasa anda dalam perjalanan. 

 (Image credits to Cekgu Norazimah)

  • TAHAN LAMA: Diperbuat daripada plastik ABS tahan lasak, peranti ini direka bentuk dengan bahagian yang bergerak mengurangkan kemungkinan pecah. Dan reka bentuk dengan lampu hayat lebih 8000 jam dan dikuasakan oleh 4 x bateri AAA.
  • CEPAT & MUDAH DIGUNAKAN: Lunavie Mini UV Sanitizer hanya memerlukan masa yang singkat untuk menghapuskan 99.9% kuman, virus dan bakteria di permukaan. Paling penting tiada penggunaan bahan kimia. Ianya selamat! 

 (Image credits to Cekgu Norazimah)

Spesifikasi Lunavie Mini UV Sanitizer

  • Material – ABS
  • Power Consumption – 2W
  • Power Supply – 4 x AAA Batteries
  • Battery Life – Up to 120 minutes
  • Working Temperature – 5 – 40 C
  • Dimensions – 4.8x 3.5 x 13cm
  • Tube Life – >8000 hours
  • UV Strength – >500w pw/cm²
  • Warranty – 12 Month Limited Warranty
Anda boleh gunakan Lunavie Mini Sanitizer ni pada sebarang permukaan yang terdedah dengan kuman, virus dan bakteria seperti permainan anak-anak, gadget, dan macam-macam lagi. 
Paling best, Lunavie Mini UV Sanitizer ini juga boleh digunakan untuk seisi keluarga tau. Jimat sangat! 
(Image credits to Cekgu Norazimah)
(Image credits to Cekgu Norazimah)
(Image credits to Cekgu Norazimah)
space
Source – This article was written by Cekgu Norazimah, published on June, 2023. Read the original article.